KUCHING: Jabatan Penjara Malaysia mengajak syarikat-syarikat besar untuk bersama-sama terlibat dalam program pemulihan banduan, bagi membolehkan penghuni penjara menyumbang kepada produktiviti negara.
Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad berkata program pemulihan dalam komuniti secara berpusat jabatan itu, sudah melibatkan hampir 300 buah syarikat perusahaan kecil dan sederhana, namun jika ada syarikat besar terlibat sama, maka lebih ramai lagi banduan akan dapat menyertainya.
"Kita mencari sesuatu (syarikat) yang lebih besar, misalnya yang boleh mengambil sekitar 300 ke 500 orang (banduan). Kalau kita tidak memberikan pekerjaan kepada tahanan penjara, ia samalah seperti membekukan produktiviti mereka dan ini amat merugikan bagi membangunkan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pingat Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Zon Sarawak, yang diadakan di Kompleks Penjara Puncak Borneo, kira-kira 23 kilometer dari sini hari ini.
Menurutnya sebuah Pusat Koreksional Komuniti (PKK) dirancang untuk dibina di Sarawak, bagi membolehkan lebih ramai lagi banduan menjalani program pemulihan dalam komuniti.
Sementara itu, Nordin berkata, insiden residivis atau jenayah berulang oleh bekas banduan di Penjara Sarawak berada pada kadar 2.1 peratus, berbanding sasaran 10 peratus yang ditetapkan jabatan itu.
"Selain itu, berdasarkan daripada kadar kesesakan tahanan, Penjara Sarawak mencatatkan empat peratus berbanding piawaian antarabangsa iaitu tidak melebihi 20 peratus. Ini sesuatu yang boleh dicontohi. Bukan sahaja oleh negeri lain tapi negara serantau," katanya.
Seramai 33 orang petugas Jabatan Penjara di Sarawak menerima pingat dan sijil dalam majlis itu, yang turut dihadiri Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim dan Pengarah Penjara Sarawak Mohamad Rosidek Musa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Datuk Nordin Muhamad berkata program pemulihan dalam komuniti secara berpusat jabatan itu, sudah melibatkan hampir 300 buah syarikat perusahaan kecil dan sederhana. - Bernama
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Tiada lagi tempat selamat di Gaza - UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan “zon selamat” di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
Asap besar selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kepulan asap besar kini menyelubungi bumi Gaza.
Asap boleh dilihat secara ketara di langit dari Selatan Israel, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di bandar selatan Rafah.
Asap boleh dilihat secara ketara di langit dari Selatan Israel, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di bandar selatan Rafah.
31 maut banjir besar landa Sumatera Barat
Sekurang-kurangnya 31 maut, 15 masih hilang dan lebih 40 orang cedera berikutan hujan lebat yang membawa banjir dan tanah runtuh ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Bangunan Runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Angka kematian dalam runtuhan bangunan di Afrika Selatan meningkat kepada 16 orang, dengan 36 pekerja binaan masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut pihak berkuasa Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam sebuah kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Menurut pihak berkuasa Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam sebuah kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Dr Dzulkefly zahirkan komitmen tangani masalah profesion jururawat
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.
PM tiba di Doha bagi lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba Doha, Qatar pada Isnin untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari bagi memenuhi undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat Madani KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
Pelajar 17 tahun cedera jatuh dari tingkat lima PPAM
Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.